Sejarah Stesen MRT Kota Damansara

Papan tanda stesen.

Projek Laluan MRT Kajang telah mula dibina secara rasmi pada 8 Julai 2011 dan berakhir pada tahun 2017.[lower-alpha 1][2][3][4] Pada 2012, nama sementara untuk stesen ini adalah Stesen MRT PJU 5 tetapi pada tahun 2014, Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) telah menukar nama stesen ini kepada Stesen MRT Kota Damansara yang telah diluluskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Seri Najib Tun Razak.[5][6]

Nama stesen ini diambil dari nama kawasan perbandaran tersebut, iaitu Kota Damansara. Stesen MRT Kota Damansara telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 16 November 2016 di bawah pembukaan Fasa 1 Laluan Kajang, iaitu dari Stesen Sungai Buloh hinga Stesen Semantan.[1][4][7] Stesen ini juga merupakan salah satu stesen yang termasuk dalam projek Transit Aliran Deras Lembah Klang (KVMRT) dan dikendalikan oleh Rapid Rail yang juga merupakan anak syarikat kepada Prasarana Malaysia.

Rujukan

WikiPedia: Stesen MRT Kota Damansara http://www.orientaldaily.com.my/s/156188 http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pm-rasmi-... http://www.spad.gov.my/land-public-transport/buses... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kot... http://www.spad.gov.my/sites/default/files/mrt_kot... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Stese... https://www.bigkl.com/mrt/kota-damansara-mrt-stati... https://www.railjournal.com/regions/asia/malaysia-... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2016/11... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/07...